nuffnang

Monday, March 23, 2015

NAAILA TIHANI JALAN-JALAN

Weekend baru ni ktorang laki bini bawak Naaila Tihani jalan-jalan shopping mall. Kebetulan hari Sabtu pak incik ada hal dekat KL, haruslah aku ikut. Mana boleh tinggal, cukup-cukup lah tempoh berpantang haritu duduk berdiam dalam rumah.

Lepas selesaikan hal pak incik aku ajak dia pergi IOI Mall Putrajaya tu. Memang nak pergi situ je sebab malasnya wei nak meredah beratus traffic light dalam bandar KL tu. Alhamdulillah dari Seremban sampai KL Naaila tidur je dalam car seat dia. Selesa agaknya sebab perut kenyang pampers bersih. So mama dengan baba boleh makan coklat tanpa gangguan dalam kereta. Sampai IOI aku siap2 bagi Naaila susu kejap and then siapkan susu lagi sebotol in case dlm mall nanti dia nak menyusu lagi. Settle everything, let's go!

Angin Naaila Tihani sangat baik that day, sikit pun tak meragam dlm mall walaupun gegak gempita bising dalam tu. Agaknya dia rasa best kena tolak dlm stroller kot. Pastu rasa sejuk je dlm tu, tu sebab makin nyenyak dia tidur. Ktorang cuak jugak kalau-kalau dia menangis memekik, dia kan kuat memekik. Tapi so far dia celik mata dia akan tengok orang keliling, tak pun tgk lampu-lampu. Kalau dia ehek ehek ehek seperti mahu menangis sbb tak skin to skin dgn mamababa dia ktorang akan angkat dukung. Senyap lah pusing-pusing kepala tgk orang. Macam faham sangat. Naaila kalau atas dukung dia akan berkhayal and mudah terlelap. Bila dia terlelap tu aku masukkan semula dlm stroller. Tidur lah dia di dalam tu sampai dia rasa nk bangun pulak nanti. Hehe.

Kebetulan tgh jln2 dalam mall aku ternampak Dubu-Dubu. Weh dah lama kot mengidam nak makan korean food. Dari Naaila segumpal darah lagi aku ngidam tak dapat-dapat. Nasib baik ailio Naaila tak berjejeh. Tapi entah kenapa haritu pak incik nak pulak try makan korean food ni, bukan kepalang aku suka. Sampai telinga duduk sengih. Pasal Dubu-Dubu tu nanti kite cerita ye (kalau rajin) hiks.

Alah takde idea pulak nak cerita pasal Naaila Tihani jalan-jalan ni. Tapi yang pasti mama will always bring you jalan-jalan lagi with or without baba. Cuma Naaila berterusan jadi good girl la yeh dlm mall. No crying and no screaming okay? Sebab nanti mama glabah teruk. Hahaha.

Tata!



Sent from my iPhone

Friday, March 20, 2015

NAAILA TIHANI CHECKUP 2 BULAN

16 Mac 2015 haritu Naaila ada appointment dekat Klinik Desa Mambau untuk checkup dua bulan. Dengar je checkup aku dah glabah sebab takut Naaila menangis dan terkencing macam insiden checkup sebulan haritu. Fuh fuh.

Aku pergi klinik lewat sikit sebab anak dara ni bangun lambat. Subuh tu memang dia bangun nak menyusu, pastu main kejap then tidur. Pukul 7.30pagi tu mmg time dia akan tidur semula. Acara wajib tu. So takpe, take your time baby. Mama can wait, nurses also can wait. Hiks.

Sampai klinik around 11a.m gitu, orang pun dah takde sangat. Yeay. Yang nak check baby ade lah dalam 4 ke 5 orang gitu. Naaila pulak Alhamdulillah behave haritu, tidur je dia dalam dakapan. Time bukak baju nak timbang berat dan ukur tinggi pun dah tak nangis dah. Ade lah ehek ehek ehek sikit, tapi aku bawak berborak lah dengan dia taknak kasi nangis memekik. Nervous mak kau nak. Budak ni kalau memekik bukan reti perlahan suara dia.

Setakat 2 bulan ni berat Naaila dah 5.05kg. Naik tak banyak pulak. Time umur sebulan haritu naik sekilo berat, kali ni tak sampai sekilo pun. Time lahir berat 3.45kg, dah sebulan naik 4.5kg, bila 2 bulan ni naik 5.05kg je. Mula-mula aku risau jugak berat tak naik sampai sekilo, tapi nurse cakap normal. Takde ape yang nak dirisaukan. As long as dia sihat takde masalah ape-ape okay lah tu. Tinggi pulak naik banyak sampai 6cm. Dah 60cm dah anak dara sorang ni. Amboi bukan main lagi dia tu.

Untuk injection 2 bulan ni, vaksin yang baby kena ambil is DTaP/DT (dos1), Hib (dos1) and IPV (dos1). Vaksin ni untuk mengelakkan anak-anak kita untuk mendapat 5 penyakit berangkai which is batuk kering je yang aku ingat, lagi 4 gone. Aku lupa. Hahahaa. Tapi jangan risau, injection ni sekali cucuk je bukan 3. Injection ni jugak kena cucuk dekat peha and akan ada bengkak sikit. Bengkak tu idok le benjol ke luar, Naaila punya ni bengkak kat dlm kulit tu. Bila kita pegang tempat injection tu raselah ade benjolan sikit. Itu normal ye ibu-ibu. Lepas kena cucuk tu takyah nak tuam ke ape, buat mcm biasa je seperti tidak berlaku ape-ape. Nanti dia akan elok seperti sediakala. in syaa Allah.

Okay itu je update checkup Naaila Tihani untuk dua bulan. Later aku story ape perkembangan dia pulak. Anak dara dah ehek ehek mengada tu. Tata!



Sent from my iPhone

Thursday, March 19, 2015

KENAPA NAAILA TIHANI?

Kenapa Naaila Tihani? Ada orang questioned ktorang laki bini kenapa letak nama baby Naaila Tihani. Ade jugak yg tanya apa makna Naaila Tihani tu. Hihi ade je kan soalan korang.. Of course lah ada makna yang elok-elok di setiap nama tu. Kau ingat kalau takde makna yang elok laki aku nak approve? Harapan lah. So kisah dia macam ni.. Ewah!

Kalau ikut hati aku, aku nak letak nama yang pendek je. Kalau boleh nak satu nama je. Contoh macam Naaila je takyah letak Tihani tu. Senang besok2 dia nak belajar tulis nama dia. Senang nak ingat dan senang nak panggil. Since nama aku dengan pak incik starts with N, pak incik pun nak nama anak ktorang mula with N, so Naaila mmg menjadi pilihan.

Tapi cikyah pulak cakap dengan aku kalau baby girl dia nak aku letak nama Hani jugak. Biarlah sama dengan nama aku pun. Aku of course lah taknak mula-mula tu. Pak incik pun mula2 taknak letak nama Hani dkt nama anak dia. Dia kata biarlah aku je nama Hani, anak bubuh nama lain. Kitorang rasa mcm janggal je. Tapi bile dah lama2 aku dpt idea why not kalau Tihani? Takde lah hani je seketul bergolek-golek dekat situ. Okay cari makna nama Tihani, usulkan dekat pak incik. Discuss gitu gini, so diluluskan. Maka, terhasillah nama Naaila Tihani tu.

Punah tau harapan mak incik nak letak nama anak seketul je, kena jugak letak dua ketul nama. Kalau ikut aku lagi lah nak letak Orked, tak pun Anggun. Aku suka lah nama-nama klasik ni. Tapi pak incik pulak tak approve nama-nama tu. Frust nyew kitew.

So kalau ditanya kenapa Naaila Tihani? Jawapannya ktorang nak nama baby bermula dengan huruf N. Kemudian Tihani tu atas permintaan cikyah nak cucu dia ada nama Hani juga. Dan kalau ditanya apa maksud bagi nama tu, jawapannya Naaila bermaksud istimewa. Tihani pulak bermaksud bahagia. Gitulah serba sedikit sejarah nama baby Naaila Tihani sayang intan payung gedebak gedebuk mamababa ni. Hehe.

Till then gais, Naaila Tihani nak menyusu.. Tata!



Sent from my iPhone

Friday, March 6, 2015

CHECKUP SEBULAN

Assalamualaikum

13 Februari 2015 haritu Naaila Tihani genap berumur sebulan. Bila baby dah genap sebulan, dia kena pergi klinik untuk jab hepatitis II. Hepatitis I dah dapat time dekat hospital haritu. So let's go baby.

Since aku sambung berpantang dekat Mersing, so Naaila terpaksa tumpang checkup dekat Klinik Kesihatan Mersing Kanan ni. Aku mmg saja pergi lambat sikit sbb malas nak pergi pagi-pagi sebab confirm ramai orang. Malas lah nak menunggu takut Naaila cranky. Dia kalau dah memekik serata alam boleh dengar. Nyaring suara sengkenit ni.

Macam biasa bila sampai tu kite kasi nurse buku pink ibu dan baby and then tunggu sekejap. Nasib baik pergi checkup haritu cikyah teman so bila aku kena urine test and check darah boleh lah Naaila duduk dengan Tok Mama dia. Aku blur gila bila dia panggil nama utk check urine, terus glabah. Hahaha. Aku ni bangsa penakut bukan sikit-sikit weh. Bila dah tak mengandung ni terus cuak kena pergi klinik. Terus terfikir dia nak check jahitan dah baik ke belum lah ape lah. Padahal diorang tu semua nak check baby je, aku pulak yang duduk runsing. Kalau time mengandung haritu tak kisah pun diorang nak buat ape dekat aku, pergi klinik hari-hari pun takpe. Psiko tak habis-habis. Letih aku.

So far urine okay darah pun okay. Dia nak tengok hb ibu incase hb kite rendah sebab darah banyak keluar kan. Aku igt time ngandung je masalah hb rendah ni, rupanya dah bersalin pun ada jugak. Ya Allah serba serbi tak tahu mama Naaila ni.

Time checkup baby, kita kena tanggalkan semua baju sekali dengan pampers sebab nak timbang and ukur tinggi. Naaila time tu tgh sleep, bila aku baringkan atas katil je nak bukak baju, mittens segala terus dia memekik. Melalak tak berhenti okay.. Pujuk pun tak jalan, siap pakej terkencing atas aku. Sabo je lah. Agaknya tgh sedap tido orang kacau pastu sejuk aircond pulak. Sengkenit ni penakut.. Sejuk sikit tak tahan, kite tercakap kuat sikit menangis, sakit sikit menangis macam kena pukul. Eh betul-betul menurun perangai baba dia. Hiks. Taklahhh ikut perangai aku banyak budak kecik ni. -__________________-

Berat time sebulan haritu dah 4.5kg, tinggi pulak dah naik 3cm. Hahaha bukan main sado anak mama. Sekilo naik dalam sebulan, nyusu kuat ni. Padanlah makin hari makin lenguh je tangan ni. Sekarang ni tak tahu berat Naaila berapa, tunggu checkup untuk dua bulan nanti. Aku syak makin naik ni berat dia, pipi dah melayut macam sin chan dah tu.

Harini pak incik balik kampung.. Eiii tak sabo-sabo nak jumpa. Mesti makin gemok.. Mau nye tidak, dalam seminggu ade lah dalam 2,3 kali dia makan malam dekat nasi lemak mambau tu. Jgn beria sgt makan nasi lemak malam-malam bang. Kang dagu tu ade tiga lapis aku tak tau.

Tata. Till next entry.



Sent from my iPhone

Thursday, March 5, 2015

MAK INCIK DAH JADI MAMA

Assalamualaikum..

Saat entri ini ditulis, mak incik sudah bergelar mama. Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk menjadi seorang mama kepada anak perempuan kami, Naaila Tihani.

Naaila Tihani selamat dilahirkan secara normal pada 13 Januari 2015. At last ada jugak geng mama nak sambut birthday nanti. We are January babies, yeayy! So later baba boleh saving lah beli kek sebiji je untuk dua orang sekaligus. Hehe.

Pengalaman bersalin aku agak dahsyat jugak sebab aku kena induce. Dah cukup 40 minggu tapi baby still tak keluar, dah sedap sangat duduk dalam perut ni agaknya. Sakit ya amat lah bila kena induce ni. Memang normal contraction tu sakit, semua orang pun tahu. Tapi bila kena induce, sakit contraction tu akan menjadi lagi kuat sehingga 5 kali ganda. Can u imagine that? What to do, dah bahagian aku macam tu redha jelah.

Pak incik selalu cakap dengan aku suruh kuat, dia cakap nak jadi mama kena kuat. Tak boleh nak lembik-lembik, kena tahan sakit, fikir yang elok-elok.. Aku nangis, sedih sebab takut jadi ape-ape dekat baby. Takut jalan tak bukak. Macam-macam duduk berlegar dalam kepala ni. Risau okay. Alhamdulillah lepas kena induce jalan terus bukak and kena tolak labor room.

Dalam labor room doc pecahkan air ketuban and kena tunggu lagi sampai fully dilated 10cm. Sementara nak menunggu bukaan tu menggigil-gigil aku menahan contraction. Ya Allah sakitnya tak tertanggung. Sakit. Mujur sepanjang dlm labor room tu pak incik ade teman sekali. At least ade jugak lah pembakar semangat aku nak meneran walaupun selalu tolak tangan dia bila dia nak tlg urutkan belakang. Hihi sorry.

Dengan beberapa kali push Naaila Tihani pun selamat dilahirkan ke dunia. Waktu tu aku jadi blur, betul ke anak aku dah keluar ni. Betul ke yang menangis tu anak aku. Tapi memang sakit yang ditanggung waktu sebelum tu totally hilang. Macam magic. Pak incik dekat sebelah dah senyum lebar tertinjau-tinjau anak dia nurse bersihkan.

Lepas doktor keluarkan uri semua tu aku tertunggu-tunggu bila lah diorang ni nak letak baby dekat dada. Tak sabar nak tengok muka anak yang 9 bulan dikandung yang sibuk menendang-nendang mama dia ni. Bila aku tanya nurse, "anak saya perempuan kan?", baru lah dia letak anak atas dada. Terus terdetik dalam hati, ohh inilah rupa anak aku... Hihihi.

Kena jahit pun dah tak rasa time tu sebab sibuk duduk tilik anak. Kira jari cukup ke tidak, kemaluan ada satu ke dua (yeahh i'm a psiko mother) who knows kalau khunsa ke ape kan, Nauzubillah. Dah selesai tilik pak incik pun ambik anak dia untuk di azan dan iqamat kan. Sayu sangat hati aku bila dengar dia azan. Finally, amanah dan tanggungjawab buat kami telah lahir ke dunia. Syukur.

So now, kami suami isteri dah jadi mama dan baba. Dah habis pun tempoh berpantang. In syaa Allah hari Ahad ni nak balik Seremban semula. Tak sabar-sabar pak incik nak balik Mersing esok nak jumpa anak dia. Hari-hari suruh aku hantar gambar anak. Hari-hari nak facetime dengan anak dia. Time bercinta dulu takde pulak nak facetime dgn mintak gambar aku hari-hari. Cemburu tiba-tiba. Hahaha gurau!

Okay kena beredar dulu, anak dah ehek ehek minta dibelai dan dimanja. Nanti ada masa mak incik (no more makyong) update lagi perkembangan Naaila Tihani dekat sini.

Tata..




Sent from my iPhone

Tuesday, December 23, 2014

SUAMI DAN ISTERI

Perbualan di antara sang suami dan sang isteri...

Suami : Awak cukur kening eh?
Isteri : Eh mana ada. Kite lukis sikit je guna eyebrow pencil.

Bukannye jadi mcm kening nora danish ke ape, cuma lebat sikit lah dari biasa.. kalau tidak memang sendu je kening makyong. Tak boleh lah kite ni nak melawa sikit pun tauuuu. =__________=

Suami : Wahhhh kali ni bibir kale lain pulak. Banyak eh lipstick?
Isteri : Yelahhh, haritu kan baru beli lipstick lagi.
Suami : *Senyum menganjing*
Isteri : %^#&*(&%^

Suami : Fuiyooo merahnya bibir diaaaaa...
Isteri : Senyum kambing *diam-diam ambik tisu lap bibir*

Bukan dia tak tahu bini dia sejak masuk 2nd trim sakan nak melawa. Pekerjaan asyik beli lipstick banyak-banyak pastu setiap hari pakai warna lain-lain. Dia bukan tak tahu pembawakan anak dia buat bini dia jadi sebegini. Hoihh aku pun tak paham kadang-kadang kenapa galak sangat nak beli dan pakai lipstick. Tapi memang satu kepuasan lah tengok lipstick banyak bersusun dkt dressing table. Anak oh anak. Tskkkk.

Suami : Hrmmm wanginya dia harini...
Isteri : Hehe hani baru jumpa perfume baru ni
Suami : Dah boleh pakai perfume semula eh? hihihi *part ketawa dekat hujung tu yg makyong nyampah*

Memanglah time baru-baru ngandung haritu makyong tak boleh bau perfume langsung, sampaikan pak incik pun makyong tak benarkan dia sembur perfume, tapi sekarang dah boleh dah. kalau boleh nak wangi-wangi setiap masa. Haritu makyong mengemas bilik pastu terjumpa lah Paco Rabanne Perfume, lama dah beli tapi tak pernah pakai sebab terlupe ke ape ntah. Sekali dah jumpa haritu memang aku balun cukup-cukup lah. Tapi tulah, part dia bertanya tu yang aku malas nak jawab tu. Zzzzzzzz.

Sekian saja luahan hati makyong harini, ada masa dan kesempatan makyong kembali lagi. tata.






Wednesday, December 3, 2014

Handphone kat mana.. Handphone handphone kat mana?

Assalamualaikum..

Last week kan ada satu kejadian yang berlaku dekat pak incik. Nak cerita pun tak tahu macam mana.

Alkisahnya, iphone pak incik kau hilang minggu lepas. Puas mencari serata rumah tetap tak jumpa. Yang dia pun mati-mati cakap handphone tu memang ada dekat rumah tak bawak keluar pun. So memang menggeledah rumah cukup2 lah. Nak call tak guna sbb handphone dia tu mmg mode silent memanjang. Sakitnya hempedu akuuuu. Tapi sabar, tolong jugak lah cari.

Bila dah seharian mencari tetap tak jumpa, okaylah ktorang dah mula redha dah. Anggap je handphone tu dah hilang, takde rezeki nak guna lagi dah. Makyong dah tak keruan time tu. Nak tido malam melalak sampai bengkak-bengkak mata fikir pasal handphone pak incik. Dahlah handphone tu hantaran ktorang, gambar2 bnyk dlm tu, pastu makyong fikir time pantang nanti takleh nak facetime, takleh nak hantar gambar anak. Dahlah jauh, lama pulak tu kena berpisah. Emosinya makyonggg.

Hari isnin haritu ktorang pergi kerja mcm biasa, tapi hati makyong asyiklah sebak sbb tak dpt nk whatsapp and call. Sedih okayyy, tapi sabar. Sampai ofis pak incik call makyong tanya selamat sampai ke tidak dah sarapan ke belum, tu dah mmg rutin harian dia dah. Nampak nombor ofis dia makyong dah sebak sekali lagi. Emosi yg entah apa-apa. Zzzzz.

And then tak lama lepas tu pak incik call lagi guna phone ofis, dia bagitau iphone dia dah jumpa. Hoihh terus menitik-nitik air mata makyong. Tangisan kegembiraan dan kesyukuran kaedahnya. Alhamdulillah. Rupanya pak incik saje call nombor dia tu and Alhamdulillah ada orang jawab panggilan tu. Budak lelaki, duduk dekat taman ktorang jugak.

Kisahnya pak incik kau tinggal handphone dia dekat warung jual kuih tepi jalan. Bukan main ckp dengan aku dia tak bawak keluar handphone tu dari rumah. Urut dada makyong. Tapi budak muda tu memang jujur lah, sanggup dia tunggu sampai pak incik call nak bgtau handphone tu selamat and ada pada dia. Dia nak call tak boleh sebab handphone tu ada passcode, so takleh buat ape except tunggu jelah if ada incoming call.

So borak gitu gini dengan budak tu, diorang janji nak jumpa after office hour utk ambik handphone. And Alhamdulillah pak incik dapatlah semula handphone dia tu. Aku suruh sedekah lah berapa-berapa pun dekat budak tu. Susah dah nak jumpa orang jujur macam tu sekarang ni, syukur ade lagi rezeki nak guna handphone tu. Phew. Sekarang ni aku asyiklah tanya dia "handphone mana? Handphone kat mana?".. Paranoid weh. Kadang tu dia bagi je aku pegang terus handphone tu, haha cuak lettew.

Kalau benda dah nak hilang tu kita nak buat macam mana lagi. Jaga lah macam mana sekalipun, sekelil mata boleh hilang dari pandangan. Redho je lah. Tapi kalau nak jadi rezeki kite jugak, hilang macam mana pun tetap jumpa balik. Alhamdulillah.

Baiklah sekian saja cerita makyong laki bini minggu lepas. Sehingga ketemu lagi. Tata.


Sent from my iPhone